Popular Posts

PROGRAM BEBAS KESAKITAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



Sidang Kemuncak Pengurusan Kesakitan Antarabangsa 2010 melalui Deklarasi Montreal menetapkan bahawa “Akses kepada Pengurusan Kesakitan adalah hak asasi manusia" Ini adalah kerana pengurusan kesakitan yang baik merupakan salah satu faktor yang dapat memberikan kesan positif yang besar terhadap pengalaman pesakit di hospital

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan inisiatif Program Bebas Kesakitan seawal tahun 2008 melalui pelaksanaan TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA. Ini bermaksud tahap kesakitan harus dipantau pada setiap pesakit bersama-sama dengan tanda vital lain iaitu suhu, tekanan darah, kadar nadi dan kadar pernafasan.

1 comment: