Popular Posts

HOSPITAL KUNAK
Transformasi Konsep Rawatan Pelanggan Bebas Kesakitan

 


 






HOSPITAL KLUSTER

Sejarah awal penubuhan Hospital Kluster Tawau-Kunak-Semporna-Lahad Datu dalam penambahbaikan perkhidmatan profesional pakar yang boleh diakses di hospital-hospital tidak berpakar.

NILAI TAHAP KESAKITAN anda dengan PAIN SCALE


Menyatakan TAHAP KESAKITAN yang betul dapat membantu dan menambah keselesaan anda sepanjang tempoh perawatan




PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan pesakit bebas daripada kesakitan
  • Sentiasa merawat semua keadaan kesakitan termasuk
    yang berpunca dari penyakit akut perubatan
  • Kesakitan pesakit akan diberi perhatian segera dan
    dibuat dalam masa satu jam
  • Semua pesakit yang mengalami kesakitan akan dinilai
    dan dirawat oleh kakitangan terlatih untuk mencapai
    tahap kesakitan kurang daripada empat
  • Pengurusan kesakitan akan diberi secara individu dengan
    menggunakan kaedah pemberian ubat dan bukan ubat
    termasuk perubatan tradisional dan perawatan
    komplimentari
  • Warga petugas kesihatan akan sentiasa memantau tahap
    kesakitan dan keselesaan sepanjang tempoh perawatan

PENYATAAN POLISI

  1. Skor kesakitan adalah tanda vital ke - 5
  2. Skor kesakitan dinilai pada semua pesakit
  3. Alat penilaian piawaian kesakitan mestilah digunakan
    secara konsisten
  4. Kakitangan perlu sentiasa dididik dan sedar tentang
    penilaian dan pengurusan kesakitan
  5. Penyedia penjagaan kesihatan perlu mendengar
    dan memberi respons segera kepada laporan skor
    kesakitan pesakit dan menguruskan kesakitan
    dengan sewajarnya

MATLAMAT PROGRAM BEBAS KESAKITAN



 
Matlamat Hospital Kunak


PROGRAM BEBAS KESAKITAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



Sidang Kemuncak Pengurusan Kesakitan Antarabangsa 2010 melalui Deklarasi Montreal menetapkan bahawa “Akses kepada Pengurusan Kesakitan adalah hak asasi manusia" Ini adalah kerana pengurusan kesakitan yang baik merupakan salah satu faktor yang dapat memberikan kesan positif yang besar terhadap pengalaman pesakit di hospital

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan inisiatif Program Bebas Kesakitan seawal tahun 2008 melalui pelaksanaan TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA. Ini bermaksud tahap kesakitan harus dipantau pada setiap pesakit bersama-sama dengan tanda vital lain iaitu suhu, tekanan darah, kadar nadi dan kadar pernafasan.