Popular Posts
-
ZAHIRKAN TAHAP KESAKITAN ANDA
-
Menyatakan TAHAP KESAKITAN yang betul dapat membantu dan menambah keselesaan anda sepanjang tempoh perawatan
-
Matlamat Hospital Kunak Matlamat Hospital Kunak
-
Skor kesakitan adalah tanda vital ke - 5 Skor kesakitan dinilai pada semua pesakit Alat penilaian piawaian kesakitan mestilah digunak...
HOSPITAL KLUSTER
NILAI TAHAP KESAKITAN anda dengan PAIN SCALE
Menyatakan TAHAP KESAKITAN yang betul dapat membantu dan menambah keselesaan anda sepanjang tempoh perawatan
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan pesakit bebas daripada kesakitan
- Sentiasa merawat semua keadaan kesakitan termasuk
yang berpunca dari penyakit akut perubatan - Kesakitan pesakit akan diberi perhatian segera dan
dibuat dalam masa satu jam - Semua pesakit yang mengalami kesakitan akan dinilai
dan dirawat oleh kakitangan terlatih untuk mencapai
tahap kesakitan kurang daripada empat - Pengurusan kesakitan akan diberi secara individu dengan
menggunakan kaedah pemberian ubat dan bukan ubat
termasuk perubatan tradisional dan perawatan
komplimentari - Warga petugas kesihatan akan sentiasa memantau tahap
kesakitan dan keselesaan sepanjang tempoh perawatan
PENYATAAN POLISI
- Skor kesakitan adalah tanda vital ke - 5
- Skor kesakitan dinilai pada semua pesakit
- Alat penilaian piawaian kesakitan mestilah digunakan
secara konsisten - Kakitangan perlu sentiasa dididik dan sedar tentang
penilaian dan pengurusan kesakitan - Penyedia penjagaan kesihatan perlu mendengar
dan memberi respons segera kepada laporan skor
kesakitan pesakit dan menguruskan kesakitan
dengan sewajarnya
PROGRAM BEBAS KESAKITAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Sidang Kemuncak Pengurusan Kesakitan
Antarabangsa 2010 melalui Deklarasi Montreal menetapkan bahawa “Akses kepada
Pengurusan Kesakitan adalah hak asasi manusia" Ini adalah kerana
pengurusan kesakitan yang baik merupakan salah satu faktor yang dapat
memberikan kesan positif yang besar terhadap pengalaman pesakit di hospital
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan inisiatif Program Bebas Kesakitan seawal tahun 2008 melalui pelaksanaan TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA. Ini bermaksud tahap kesakitan harus dipantau pada setiap pesakit bersama-sama dengan tanda vital lain iaitu suhu, tekanan darah, kadar nadi dan kadar pernafasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)